31 C
Indonesia
Wednesday, June 16, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan VietnamBK8BK8BK8BK8
Super138
1xbet
978Bet
agen judi bola euro2020
HomeDetik News“Tak Payah Cari, Tangan Saya Memang Tiada,” Kisah Rider Kudung Tangan Ini...

“Tak Payah Cari, Tangan Saya Memang Tiada,” Kisah Rider Kudung Tangan Ini Buat Netizen Tersentuh

Malaysia – Seorang pemuda yang dikenali sebagai Shahrain Fadzil telah menarik perhatian ramai kerana dia mampu bekerja sebagai penghantar makanan walaupun tidak mempunyai tapak tangan.

Kekurangan yang ada pada diri pemuda ini tidak mematahkan semangatnya untuk bekerja dan membawa motosikal. Perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Edmund Gun.

“Sepanjang tempoh PKP ini, saya hanya meminta penghantar makanan menyangkutkan makanan itu di pintu rumah saya. Namun semalam penghantar makanan yang membawa makanan saya meminta saya untuk membantunya mengambil makanan yang saya pesan,”

“Saya pun keluar untuk mengambil makanan tersebut, apa yang mengejutkan saya, penghantar makanan itu tidak mempunyai tapak tangan,”

“Mungkin penghantar makanan itu perasan tindakan saya seolah-olah terkejut sambil melihat tangannya. Pemuda itu terus berkata,

“Tak payah cari, tangan saya memang tiada,”

Edmund Gun juga mengangumi Shahrain kerana pemuda itu masih mampu bekerja walaupun dalam keadaan seperti itu. Malah sebelum masuk ke rumah, Edmund sempat mengambil gambar bersama Shahrain.

Kredit foto: Facebook Edmun Gun

Edmund juga menceritakan keadaan tangan Shahrain ketika ini bukan sejak dilahirkan. Pemuda itu pernah terlibat dalam setu kemalangan ketika sekolah rendah dan sejak itu, dia kehilangan kedua tapak tangannya.

Rata-rata wargamaya yang membaca kisah ini sangat tersentuh dan mengagumi semangat Shahrain.

Kagum betul bila lihat semangat yang ada pada Shahrain. Semoga Shahrain dan frontliners yang lain sentiasa berada dalam keadaan yang selamat semasa menjalankan tugas.

Sumber: Facebook Edmund Gun & Instagram Shahrain Fadzil

- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -

Most Popular