Home Detik News Sementara ini tiada petunjuk Ronaldinho akan dibebaskan

Sementara ini tiada petunjuk Ronaldinho akan dibebaskan

0
639
Ronaldinho
Ronaldinho
Super138
BK8
ivip9

Brazil – Peguam pemain legenda Brazil, Ronaldinho berharap bekas pemain terbaik dunia itu akan dibenarkan pulang selepas lebih dua bulan ditahan dekat Paraguay kerana didakwa menggunakan pasport palsu.

“Kami berharap dapat meyakinkan pihak pendakwaan untuk membenarkan Ronaldinho dan abangnya kembali ke negara mereka. Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain menunggu siasatan selesai,” kata sumber kepada AFP.

Bekas bintang Barcelona, AC Milan dan Paris Saint-Germain itu bersama abangnya, Robert de Assis Moreira, berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah.

Adik beradik itu dipenjarakan lebih daripada sebulan selepas didakwa bersalah memasuki Paraguay menggunakan pasport palsu.

Pemenang Ballon d’Or 2005 dan abangnya membayar jaminan $1.6 juta dollar (RM6.93 juta) dan ditempatkan di bawah tahanan rumah dekat Palmaroga Hotel, di ibu kota Paraguay, Asuncion sejak 7 April.

Pihak pendakwaan diberikan masa enam bulan untuk menyiasat kes berkenaan dan sudah mengeluarkan arahan menahan 18 suspek berkaitannya.

“Tiada satu pun bukti serius mengaitkan kes itu dengannya,” kata Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Paraguay, Rogelio Delgado kepada AFP.

“Walaupun ia adalah penjara mewah, adalah tidak adil dia terus ditahan,” kata bekas pemain antarabangsa Paraguay itu.