31 C
Indonesia
Monday, September 13, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan VietnamBK8BK8BK8BK8
REVO999
FYREWIN
Super138
BK8
aw8
HomeDetik NewsKes dana SRC International bermula 1 Jun

Kes dana SRC International bermula 1 Jun

Malaysia – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 1 Jun depan, untuk mendengar hujahan kes berhubung dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc, Datuk V Sithambaram, memberitahu Bernama bahawa tarikh ditetapkan sebelum ini untuk hujahan lisan itu pada 18 hingga 20 Mei depan, telah dilapangkan.

Beliau berkata, mahkamah juga menetapkan 5 Mei depan untuk pihak pembelaan dan pendakwaan memfailkan hujahan bertulis mereka, manakala 19 Mei bagi menjawab hujahan bertulis itu.

“Sebelum ini, mahkamah menetapkan 28 April bagi kami memfailkan hujahan bertulis tetapi dijadualkan semula selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk lanjutan masa susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Pada 11 Mac lalu, pihak pembelaan menutup kesnya setelah memanggil 19 saksi dalam perbicaraan yang berlangsung selama 33 hari bermula 3 Disember tahun lalu.

Ahli Parlimen Pekan itu menjadi saksi pertama pembelaan.

Sebelum itu, 57 saksi dipanggil memberi keterangan pada peringkat kes pendakwaan.

Pada 11 November tahun lalu, Najib diperintah membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International, iaitu tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dana SRC International.

- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -

Most Popular