31 C
Indonesia
Monday, August 2, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan VietnamBK8BK8BK8BK8
REVO999
FYREWIN
Super138
978bet
BK8
HomeDetik NewsHampir Semua Staff Malindo Air Tidak Dapat Gaji

Hampir Semua Staff Malindo Air Tidak Dapat Gaji

Malaysia Malindo Air memutuskan kakitangannya perlu mengambil cuti tanpa gaji bermula dari bulan April berikutan terpaksa menghentikan operasi akibat wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malindo Air, Mushafiz Mustafa Bakri memaklumkan kakitangannya bahawa hanya individu tertentu perlu melaporkan diri untuk bekerja dan dibayar gaji harian.

Perkara itu disampaikan melalui memo syarikat penerbangan itu yang berkuat kuasa serta merta.

“Ia bermakna saya disifatkan bercuti tanpa gaji,” kata seorang pegawai kanan Malindo yang enggan namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Sumber itu berkata, syarikat itu juga mengenepikan tempoh notis pemberhentian bagi membolehkan mereka yang ingin meletakkan jawatan berbuat demikian.

Mushafiz juga memaklumkan kepada kakitangan Malindo bahawa syarikat itu telah berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk membantu dari segi pemberian gaji dan mengharapkan beberapa maklum balas positif.

Pada awal Mac lalu, Malindo mengarahkan kakitangannya mengambil pemotongan gaji 50 peratus dan dua minggu cuti tanpa gaji.

Pemegang saham majoriti Malindo adalah Lion Group di Indonesia.

Tidak seperti pesaingnya AirAsia, Malindo Air pada tahun fiskal 2018 tidak mampu menjana keuntungan sejak ditubuhkan pada tahun 2013.

Pemilik AirAsia Tony Fernandes berkata, walaupun syarikatnya mempunyai cukup wang tunai sepanjang 2020, ia masih mengharapkan pinjaman daripada kerajaan persekutuan. 

- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -

Most Popular