31 C
Indonesia
Saturday, June 12, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan VietnamBK8BK8BK8BK8
Super138
1xbet
978Bet
BK8
HomeDetik NewsCovid-19 Malaysia 24 April : Satu lagi korban, 88 kes baru, 64.4...

Covid-19 Malaysia 24 April : Satu lagi korban, 88 kes baru, 64.4 peratus pulih

Malaysia – Malaysia hari ini mencatatkan satu kematian baru akibat Covid-19 dan 88 kes baru.

Ini menjadikan jumlah korban di Malaysia akibat wabak itu ialah 96 dengan 5,691 kes jangkitan direkodkan.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kes jangkitan terbaru terdiri daripada 13 kes import dan 75 penularan tempatan.

Noor Hisham juga memaklumkan 121 lagi pesakit telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sepenuhnya daripada wabak itu ialah 3,663 atau 64.4 peratus.

Untuk rekod, hari ini juga merupakan hari kelapan Malaysia mencatatkan angka harian Covid-19 pada paras dua digit.

Dengan mengambil kira pesakit yang sembuh, kes aktif Covid-19 di Malaysia yang sedang menerima rawatan ketika ini ialah 1,932.

Daripada jumlah itu, 41 berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 18 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian ke-96 (kes ke-2978) melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Pesakit itu mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-1345) yang mempunyai sejarah pulang dari Indonesia. Dia telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 31 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 24 April jam 2.29 pagi.

- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -

Most Popular