31 C
Indonesia
Sunday, August 1, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan VietnamBK8BK8BK8BK8
REVO999
FYREWIN
Super138
978bet
BK8
HomeDetik NewsCovid-19 Malaysia 15 April : 1 kematian, 85 kes baru - terendah...

Covid-19 Malaysia 15 April : 1 kematian, 85 kes baru – terendah sejak bulan lalu

Malaysia – Sebanyak 169 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih COVID-19 adalah 2,647 kes, iaitu 52.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bilangan kes yang dibenarkan keluar wad hari ini, adalah hampir dua kali ganda berbanding kes baharu COVID-19.

Selain itu katanya, sebanyak 85 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 5,072 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,342 kes. Mereka diasingkan dan diberi rawatan. Sehingga kini, seramai 56 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 adalah sebanyak 83 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-83 (kes ke-4988) adalah lelaki tempatan berusia 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 21 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.41 pagi tadi,” katanya pada sidang media, hari ini.

- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -

Most Popular