31 C
Indonesia
Friday, September 24, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan VietnamBK8BK8BK8BK8
REVO999
FYREWIN
Super138
BK8
aw8
HomeDetik NewsCovid-19 Malaysia 11 April : 3 lagi meninggal dunia, 165 pulih, 184...

Covid-19 Malaysia 11 April : 3 lagi meninggal dunia, 165 pulih, 184 kes baru

Malaysia – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 184 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, berbanding 165 kes pulih.

Ini bermakna jumlah kes baru melebihi jumlah kes pulih, selepas keadaan sebaliknya untuk tiga hari sebelum ini.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiga lagi pesakit meninggal dunia akibat wabak itu, menjadikan jumlah kematian kepada 73.

Setakat ini, katanya, jumlah keseluruhan kes adalah 4,530, dengan 1,995 kes telah pulih sepenuhnya.

Daripada jumlah itu, 72 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, lebih tiga kes berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, 38 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang dua berbanding semalam.

Berikut adalah tiga pesakit yang meninggal dunia:

Pesakit 3,091 (kematian ke-71)

Lelaki warga Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout. Beliau mempunyai kontak rapat kes positif Covid-19 dari kluster perhimpunan Seri Petaling (iaitu pesakit 452).

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 1 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari, hari ini.

Pesakit 537 (kematian ke-72)

Lelaki warga Malaysia berumur 71 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 15 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi, hari ini.

Pesakit 2,399 (kematian ke-73)

Lelaki warga Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.00 tengah hari, hari ini.

Trajektori KKM tunjuk PKP berhasil

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,462 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Mengikut trajektori unjuran KKM, pada 14 April iaitu apabila tamatnya fasa kedua perintah kawalan pergerakan (PKP), unjuran

kes-kes positif dengan kebolehjangkitan adalah dijangka lebih kurang 2,033 kes.

“Ini tanda-tanda kejayaan PKP fasa pertama dan fasa kedua menurunkan kebolehjangkitan Covid-19 dalam komuniti,” katanya sambil mengulang kembali pesanan agar orang ramai terus mematuhi perintah itu.

- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -

Most Popular