31 C
Indonesia
Monday, September 13, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan VietnamBK8BK8BK8BK8
REVO999
FYREWIN
Super138
BK8
aw8
HomeDetik News47 petugas kesihatan positif lepas ke majlis kahwin dihadiri peserta tabligh

47 petugas kesihatan positif lepas ke majlis kahwin dihadiri peserta tabligh

Malaysia – Seramai 47 daripada 73 petugas kesihatan yang diuji positif Covid-19 dijangkiti virus itu selepas menghadiri majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata selebihnya mempunyai sejarah perjalanan di luar negara, atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit lain.

“Adalah dipohon agar semua anggota kesihatan dan barisan hadapan untuk memaklumkan Ketua Jabatan masing-masing sekiranya terlibat secara langsung atau mempunyai kontak dengan peserta yang menghadiri program Ijtimak di Seri Petaling dari 27 Februari 2020 sehingga 3 Mac 2020; atau majlis perkahwinan pada 6 Mac 2020 di Bangi atau majlis perkahwinan pada 7 Mac 2020 di Putrajaya yang dihadiri oleh anggota kesihatan,” katanya.

Majlis perkahwinan itu menyebabkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan kakitangan perubatan di lima hospital, dengan yang paling teruk terjejas ialah Hospital Teluk Intan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan seramai 14,500 rakyat Malaysia menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur bulan lepas.

Daripada keseluruhan kes Covid-19 setakat ini, 1,057 daripada 1,796 kes dikaitkan dengan kelompok tabligh.

Sementara itu, Noor Hisham berkata bahawa 1,895 petugas kesihatan yang menangani pesakit Covid-19 telah menjalani pemeriksaan.

Daripada jumlah itu, 1,167 telah diuji negatif, manakala 708 sedang menunggu keputusan.

Tidak ada kes petugas kesihatan dijangkiti virus semasa merawat pesakit.

- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -

Most Popular