31 C
Indonesia
Tuesday, September 28, 2021
Bk8 Taruhan Bola Online Terpercaya Dan Resmi Di Indonesia, Malaysia, Thailand Dan VietnamBK8BK8BK8BK8
REVO999
FYREWIN
Super138
BK8
aw8
HomeDetik News4 Ditahan Leka Main Judi di Malaysia

4 Ditahan Leka Main Judi di Malaysia

Malaysia – Mungkin terlalu bosan duduk di rumah menyebabkan sekumpulan individu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berkumpul dan bermain judi secara terbuka tanpa memikirkan bahaya jangkitan COVID-19.

Kegiatan mereka yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 60-an itu bagaimanapun dihidu anggota polis selepas menyerbu sebuah kediaman di Taman Chai Leng, di sini, jam 5 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin, berkata ketika serbuan dibuat, kesemua suspek sedang leka bermain judi jenis poker dengan tidak menghiraukan keselamatan.

“Polis merampas sebuah meja kayu bersama kaki besi, empat buah kerusi plastik warna hitam, sebuah meja kayu kecil dan dua helai kertas putih yang digunakan mereka.

“Selain itu, 52 biji buah jerami batu,40 keping cip besar warna merah,empat keping cip besar warna kuning, lapan keping cip kecil warna kuning, 32 keping cip kecil warna biru,dua biji buah dadu dan sehelai bil elektrik turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mereka juga turut akan disiasat dibawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana cuai dan mungkin merebakkan jangkitan sebarang penyakit.

Pada masa sama Mustafa berkata, polis turut menahan 30 individu di sekitar bandar ini dalam operasi semalam atas pelbagai kesalahan antaranya berkumpul sambil minum arak dan menghalang tugas penjawat awam.

Menurutnya, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, polis daerah itu menahan seramai 198 individu yang mengingkari arahan kerajaan.

Daripada jumlah itu, terdapat 11 individu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan ada juga sudah menjalani hukuman penjara selama seminggu.

Mustafa berkata, bagi PKP fasa ketiga, polis akan mengambil tindakan lebih tegas kepada individu yang ingkar pada arahan.

- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -spot_imgspot_imgspot_img
- Advertisment -

Most Popular